Monday, March 30, 2009
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PKG Nibong Tebal
Mesyuarat ini akan diadakan pada 31 Mac 2009 di Makmal Komputer SK Saujana Indah. Waktunya adalah seperti berikut:
2.00 petang sehingga 5.00 Petang.
Kepada Juruteknik Komputer yang telah menerima Memo/Surat tersebut diharap dapat menghadirkan diri ke mesyuarat ini pada waktu yang ditetapkan.
Sekian dimaklumkan.
Wassalam.....
Gambar Bengkel Asas Pengurusan ICT
Bengkel Asas Pengurusan ICT telahpun berjaya dilaksanakan di SK Saujana Indah pd 23 hingga 25 Mac 2009. Semua Juruteknik Komputer sekolah yang menghadiri bengkel ini telahpun berjaya menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dengan sempurna seperti fail meja dan manual publisher telahpun dibentangkan oleh En Mohd Nasir dan kumpulannya. Manakala manual Blogspot pula akan dibentangkan pada bulan 5 ini, InsyAllah jika tiada halangan.
Di sini disertakan beberapa gambar yang telah berjaya dirakamkan sewaktu berlansungnya bengkel ini. Antaranya....

Cikgu Azhar dari PKG sedang menberikan taklimat pada hari pertama kepada Juruteknik Komputer yang dijemput hadir ke sesi bengkel.

Sedang menjamu selera di kantin sekolah....

Teka siapakah ini...????

Sedang menunggu sarapan pagi.

En Ariffin sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberi...
InsyAllah jika tiada apa-apa halangan, gambar2 lain yang diambil nanti akan dipaparkan di sini.
Friday, March 20, 2009
PENGUMUMAN
Penganjur : Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah Selatan
Tempat : Pusat Sumber / Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Saujana Indah
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu pejabat).
Aktiviti2 yang akan dijalankan:
1) Perancangan aktiviti ICT 2009
2) Pembinaan fail meja untuk Juruteknik Komputer
3) Pemurnian Perancangan dan Fail Meja
4) Pembinaan Buletin PSS (Pusat Sumber Sekolah)
dan lain-lain.....
Peralatan yang perlu dibawa :
1) Lap Top
2) CD kosong
3) Fail kosong
Sebarang masalah bolehlah menghubungi PKG (Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal) ditalian 04-5981026
Wednesday, March 4, 2009
AMARAN SERANGAN VIRUS Worm_downad.AD
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Untuk makluman, sejenis virus komputer Worm_downad.AD sedang merebak dan menyerang Server/PC/Notebook pengguna di beberapa kementerian dan agensi lain. KPM tidak terkecuali dari bahaya serangan virus tersebut. Serangan virus ini akan mengakibatkan simptom-simptom seperti berikut :-
- Pengguna gagal log masuk komputer kerana ia dihalang (Windows Credential)
- Port traffic 445 begitu tinggi dan akses rangkaian yang menjadi sangat perlahan
- Capaian kepada website keselamatan gagal ( seperti Trendmicro.com, Microsoft.com, dsb)
Ciri-ciri komputer yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut adalah :
- Server/PC/Notebook yang tiada kata laluan ( no password )
- Katalaluan yang lemah; mudah diteka (spt : password, password123, p@ssword)
- Tidak melakukan patches terkini dari Microsoft ( khususnya ms08-067.mspx – Windows Server 2003 dan Windows XP ) This patch is available through Windows Update
- Dan pattern antivirus tidak terkini / lesen antivirus tamat tempoh
Sekiranya Server/PC/Notebook tuan/puan memenuhi kriteria atau mana-mana item no (2).
Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari pegawai IT/teknikal/juruteknik komputer bagi mengatasi masalah tersebut. Tuan/puan juga boleh melakukan sendiri langkah-langkah seperti berikut sebagai tindakan awalan iaitu :-
- Pastikan anda memasuki Server/PC/Notebook dengan katalaluan
- Tukar katalaluan sebolehnya mengandungi kombinasi alphanumeric ( cth : qwERT&*()_2008 atau bpk2011!@#_KPM atau shaRIL12_12 )
- Run kan file patches dari Microsoft ( ms08-067.mspx boleh juga diperolehi di http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-067.mspx ) :
Jika anda pengguna Windows XP ( 3 File terlibat )
- Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Patches - Microsoft\WinXP )
- Masukkan akaun dan password KPMDOM anda.
- File yang perlu anda execute (WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe, WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe dan WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe )
- Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Autorun Removal )
- File yang perlu anda perlu execute (remove_autorun.exe, dan tsc.exe)
Juga boleh diperolehi di
http://10.22.38.21/download/Antivirus/1.Antivirus%20Trend%20Micro%20KPM/Microsof%20Patches/
Jika anda pengguna Windows Server 2003 ( 2 File terlibat )
- Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Patches - Microsoft\Server 2003 )
- Masukkan akaun dan password KPMDOM anda.
- File yang perlu anda perlu execute ( WindowsServer2003-KB957095-x86-ENU.exe, dan WindowsServer2003-KB958644-x86-ENU.exe)
- Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Autorun Removal )
- File yang perlu anda perlu execute (remove_autorun.exe, dan tsc.exe)
Juga boleh diperolehi di http://10.22.38.21/download/Antivirus/1.Antivirus%20Trend%20Micro%20KPM/Microsoft%20Patches/
Jika anda pengguna Operating System yang lain. Sila buka url berikut http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-067.mspx:
Tuan/puan oleh menyemak samada Server/PC/Notebook anda telah di patch ( ms08-067.mspx ), sila download va_test.zip (see link below) – and run test_patch.exe
\n ftp-trend@ftp-download.trendmicro.com.phAlamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya /_asiasupport/Malware/WORM_DOWNAD/va_test.zip
Jika tuan/puan pengguna antivirus Trend Micro, lakukan juga Update secara manual dengan langkah berikut :
· Klik kanan tetikus pada icon antivirus Trend Micro di taskbar
· Pilih Update Now.
· Pastikan kerja update ini complete/berjaya
· Kemudian pastikan item-item tersebut adalah yang terkini ( sama seperti di gambar di bawah ) . Klik kanan tetikus pada Icon antivirus Trend Micro di taskbar, kemudian pilih Component Version. Sekira ia tidak menyamai, sila dapatkan bantuan dari pegawai IT/teknikal/juruteknik komputer.
· Restart Server/PC/Notebook
· Lakukan Manual Scan hingga selesai.
Oleh demikian, semua pihak diharap mengambil tindakan sewajarnya dalam menghindar Server/PC/Notebook di KPM menerima kesan serangan virus tersebut. Tuan/puan adalah dinasihatkan untuk memohon bantuan pegawai penyelaras IT/teknikal/juruteknik komputer di organisasi masing-masing dalam hal tersebut.
p/s : Kepada semua Penyelaras ICT KPM di bahagian/JPN/PPD/PPG. Sila sebarkan emel makluman ini kepada semua pihak berkaitan
Sekian, dimaklumkan.
PEGAWAI KESELAMATAN ICT, BTMK
Wednesday, December 24, 2008
Data Terbaru Sebagai Rujukan
Salam,
- Saya kirim skali data2 selepas mesyuarat baru2 nie.. berkenan ttg jadual bertugas di PPD, Perancangan Tahun 2009 FT17 SPS, buku Log(di dlm Fail Meja), dll...
- semua rakan2 di harap info yang saya bagi nie dapat memberi manfaat kepada kalian..
- Jika ada kemusykilan sila email dan contact saya..kay..
Regards
Ariffin Abdullah.
P/s : Anda boleh print out data-data ini di bahagian SUMBER atau di sini ( Perancangan Sasaran Kerja Tahunan dan Jadual Dan Perancangan 2009) sebagai rujukan.
Tuesday, December 16, 2008
Taklimat Perkembangan staf Kali Ke-2
Surat panggilan (seperti di gambarajah) telahpun diedarkan kepada pegawai-pegawai terlibat pada 5 Disember lepas.